UtamaPOLITIKGERAKAN gantung ahli kata...

GERAKAN gantung ahli kata melayu pendatang - pakdin.my

Tan Lai Soon diberi tempoh 14 hari jawab surat tunjuk sebab
Tan Lai Soon diberi tempoh 14 hari jawab surat tunjuk sebab

Parti Gerakan mengantung keahlian dan memberi surat tunjuk sebab kepada perwakilannya dari Batu Pahat, Johor, Tan Lai Soon, berhubung kenyataannya yang menyebut orang Melayu juga adalah kaum pendatang di Malaysia pada Perhimpunan Agung parti itu semalam.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin.

Tan diberi tempoh selama 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa dia tidak harus disingkirkan daripada parti seperti yang termaktub di bawah Artikel 17.2, perlembagaan parti.

Sebelum itu, kira-kira 14 ahli parti telah membuat aduan terhadap kenyataan Tan sebelum ini.

Ekoran daripada aduan tersebut CWC telah memutuskan untuk menggantung keahilan dan mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Tan.

Dalam Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 pada Ahad, Tan berang dengan tindakan ahli UMNO yang melabelkan orang Cina dan India sebagai ‘pendatang’, beliau berkata orang Melayu juga tidak jauh berbeza kerana mereka juga datang dari Indonesia.

Tan berkata hanya Orang Asli dan penduduk asal Sabah dan Sarawak sahaja boleh dianggap sebagai penduduk asal di negara ini.

Sehubunan itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata parti itu mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Tan.

“Ia tidak melambangkan pendirian parti, semua kita adalah rakyat Malaysia dan tidak ada rakyat Malaysia yang boleh digelar sebagai ‘pendatang’ atau imigran.

“Rakyat Malaysia yang lahir di sini Malaysia adalah warganegara. Saya yakin sekiranya orang Melayu memanggil orang Cina sebagai ‘pendatang’ ia akan menyakiti antara satu sama lain,” kata Cheah kepada pemberita pada Isnin.

“Kita harus mengambil maklum, Tan menarik balik kenyataannya sebelum ini dan dia telah memohon maaf atas kesilapannya,” katanya.

Cheah turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang berasa kecil hati terhadap kenyataan Tan sebelum ini.

“Kami ingin menegaskan sekali lagi Gerakan merupakan sebuah parti yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan kami menolak sebarang kenyataan yang tidak melambangkan sifat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” katanya.

“Justeru, kami menggesa semua pihak berhenti membuat tuduhan kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan. Gerakan sentiasa menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...