BERITAMuhdalena, wanita terlibat kejadian amuk di JPM lari dari hospital

Muhdalena, wanita terlibat kejadian amuk di JPM lari dari hospital

Muhdalena Ahmad
Muhdalena Ahmad

Wanita yang pernah didakwa terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad, 30, dipercayai melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pagi tadi.

Muhdalena yang diperintahkan ditahan di Hospital Permai, Tampoi, di sini oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, Jun lalu itu dikatakan dimasukkan ke HSA kerana bersalin kelmarin.

Bagaimanapun, Muhdalena didapati tiada di katil hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi selepas dikatakan memberi alasan untuk keluar ke tandas.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan dalam satu kejadian amuk dua tahun lalu. Mahkamah mendapati tertuduh mengalami ketidak sempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di Hospital Permai Tampoi sementara menunggu diperkenan Yang Dipertua Agong.

Muhdalena yang juga bekas penuntut Universiti Antarabangsa Malaysia menghadapi empat pertuduhan berhubung kejadian amuk bersama seorang lelaki di Kompleks B, JPM, Presint 1 di Putrajaya, pada jam 2.30 petang, 9 Julai 2012.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami