Kes Anwar: Rakyat sudah buktikan mereka hakim negara - pakdin.my

Sekitar tapak ekspo Seberang Jaya jam 8.30 malam tadi ketika menunggu ceramah Anwar
Sekitar tapak ekspo Seberang Jaya jam 8.30 malam tadi ketika menunggu ceramah Anwar

Kempen atau flashmob yang digerakkan PKR untuk meraih simpati atau solidariti kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata kurang berhasil.

Sama ada kempen Rakyat Hakim Negara dan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim – kedua-duanya gagal menarik orang ramai turut serta mendengar ceramah yang isinya menyalahkan kerajaan ekoran pendakwaan kes liwat yang dihadapi Anwar.

Paling ketara program Solidariti Bersama Anwar Ibrahim yang dilancarkan sejak 21 Oktober hingga kini yang sudah melepasi Kedah, Pulau Pinang dan Perak amat mengecewakan PKR.

Walaupun ramai pemimpin utama PR hadir tetapi jumlah paling ramai setakat ini kurang 1,000 pada program di tapak ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Di tempat-tempat lain, jumlah kehadiran tidak mencecah 400 orang.

Malah, portal-portal pro pembangkang serta lidah rasmi parti pembangkang juga kurang melaporkan mengenai kempen-kempen yang sudah dan akan berlangsung.

Bagaimanapun, PKR masih berharap kempen itu dapat menarik orang ramai ke Stadium Kelana Jaya, pada 27 Oktober ini dan kemuncaknya dengan ceramah perdana di hadapan Istana Kehakiman pada 28 Oktober ini.

Namun, melihat pada kempen sekarang dan kebetulan musim hujan, tidak mustahil yang digerakkan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mencapai matlamat.

Apatah lagi, beliau kini di luar negara bersama satu kumpulan lain yang diketuai Naib Presiden Rafizi Ramli untuk mendapatkan simpati pemimpin luar supaya turut memperjuangkan pembebasan Anwar.

Sebab itu, Human Right Watch (HRW) turut digerakkan bagi tujuan ini.

Terbaru, mereka menggesa Putrajaya menghentikan pendakwaan bermotif politik terhadap Anwar menjelang perbicaraan pada 28 Oktober ini.

Pemantau hak asasi manusia antarabangsa itu menyifatkan pendakwaan tersebut sebagai usaha menyingkirkan ketua umum PKR itu daripada persada politik Malaysia.

“Kerajaan Malaysia perlu menghentikan pendakwaan terhadap Anwar atau berdepan kemungkinan mempersendakan terhadap sistem keadilan jenayah,” kata Timbalan Pengarah HRW Phil Robertson dalam satu kenyataan hari ini.

“Sandiwara politik sudah lama didedahkan, satu lagi usaha kerajaan Malaysia untuk menyingkirkan pemimpin pembangkang kanan itu,” katanya.

Kenyataan itu juga mendakwa undang-undang liwat di Malaysia semata-mata untuk mendakwa Anwar seorang saja serta menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memensuhkan undang-undang tersebut.

“Undang-undang liwat Malaysia seolah-olah wujud untuk mendakwa Anwar.

“Najib perlu menarik semula undang-undang tersebut sebelum digunakan untuk mengganggu dan memenjarakan orang lain,” katanya

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas HRW menilai kes liwat Anwar berdasarkan persepsi dan sudut pandangan mereka sahaja.

Mereka lupa nasib dan hak Saiful Bukhari Azlan yang bukan sahaja mendakwa diliwat tetapi turut bersumpah diperlakukan demikian oleh Anwar.

Kenapa HRW hanya membela hak kemanusiaan Anwar sahaja dan menutup mata terhadap Saiful Bukhari?

Namun, rakyat Malaysia kini sudah mengetahui kebenarannya dan sebab itu kempen dan solidariti kepada Anwar tidak mendapat sokongan.

Sebenarnya, rakyat sudah membuktikan bahawa mereka adalah hakim negara dengan tidak mahu lagi terbabit dalam gerakan PKR yang masih mahu membela Anwar dengan tidak mempercayai sistem perundangan di negara sendiri.

UTAMABERITAKes Anwar: Rakyat sudah buktikan mereka hakim negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium