BERITATerapung Di Perairan Chendering: 11 Warga Indonesia Dakwa Dirompak, Hanyut 25 Jam

Terapung Di Perairan Chendering: 11 Warga Indonesia Dakwa Dirompak, Hanyut 25 Jam

ebahagian daripada warga Indonesia yang menjadi mangsa rompakan kapal tangki di bawa ke Balai Polis Chendering sebaik tiba di jeti nelayan Chendering
Sebahagian daripada warga Indonesia yang menjadi mangsa rompakan kapal tangki di bawa ke Balai Polis Chendering sebaik tiba di jeti nelayan Chendering

Semua 11 warga Indonesia yang ditemui terapung selepas 25 jam hanyut di lautan mendakwa menjadi mangsa rompakan kapal tangki di Laut Sumatera.

Perkara itu diketahui sebaik mangsa yang ditemui atas rakit keselamatan oleh nelayan Vietnam itu membuat laporan polis di Balai Polis Chendering pada kira-kira pukul 3 pagi Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, bagaimanapun, semua mangsa yang ditemui terapung kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan.

“Mereka ditemui nelayan Vietnam kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering. Laporan awal yang diterima menyatakan berlaku kejadian bot karam membabitkan pelancong, bagaimanapun hanya selepas laporan polis dibuat baharu kami tahu siapa sebenarnya mereka.

“Mungkin masalah komunikasi yang menyebabkan maklumat yang diterima bercanggah. Tentunya pihak polis akan melakukan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan mereka yang dikatakan dirompak di Laut Sumatera,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Jurucakap itu berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, perompak mengikat semua mangsa sebelum menempatkan mereka di atas rakit keselamatan dan dihanyutkan ke laut.

Beliau berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 8.45 malam sebelum sepasukan anggota ke Pantai Chendering untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami