Kes Liwat Ke 2 Anwar Ibrahim: Hujah Bukti Gambar Mangsa Oleh Gopal Sri Ram Tidak Kukuh - pakdin.my

wpid-kes-liwat-anwar-keadilan-untuk-shaiful.jpg

Blog The Unspinners menganggap hujah peguam Gopal Sri Ram, ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan bukti gambar mangsa, Mohd Saiful Bukhari yang menghidang minuman di rumah Ketua Umum PKR sebagai hujah ulangan yang tidak kukuh.

Menurut blog itu, hujah itu pernah digunakan oleh bekas ketua peguam bela Anwar, mendiang Karpal Singh semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

“Hujah tak kuat sebab Saiful bekerja dengan Anwar. Ada 1,001 macam sebab kenapa dia kembali hari esuknya. Mudah untuk Tan Sri Shafee jawab.

“Kebanyakan hujah-hujah Gopal tak releven. Dia cuba kaitkan dengan Inspektor Rodhwan dan IGP tapi ianya bukan hujah menolak liwat berlaku. Anwar didakwa kerana ada semen terkumpul di dubur Saiful dan semen itu kepenuyaan Anwar.

“Pembela perlu membuktikan itu bukan semen Anwar untuk kata dia tak bersalah.

“Apa perlu Gopal mahu andaikan ada subahat atau ‘accomplice’? Anwar telah liwat Saiful berdasarkan semen. Itu faktanya. Tambah lagi, ayah Saiful adalah penyokong Anwar dulu, bukan penyokong BN. Bapanya berbangga anak dia kerja dengan Anwar,” ulas The Unspinners.

Bukti foto yang dimaksudkan itu adalah gambar yang menunjukkan Saiful sedang menyediakan minuman ketika mesyuarat AIC (AnwarIbrahimClub) yang dipengerusikan Anwar di rumah kediamannya, No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur, sekitar jam 5 petang, pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian liwat dilaporkan berlaku.

Fakta tentang kejadian mesyuarat di rumah Anwar pada 27 Jun 2008 bukan perkara baharu, malah telah direkodkan di mahkamah berdasarkan keterangan Saiful.

Saiful memberitahu mahkamah pada pagi, 27 Jun 2008, dia hantar e-mel (menggunakan blackberrynya) kepada Anwar memberitahu perletakan jawatannya yang berkuat serta merta.

Email peletakan jawatan Saiful yang dihantar kepada Anwar pada pagi 27 Jun 2008

Dalam e-mel itu, dia memberitahu Anwar alasannya berhenti kerja kerana dua sebab iaitu beliau tidak berdisiplin ekoran selalu datang lambat ke pejabat dan kurang kelayakan.

Ditanya Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mengapa dia berhenti kerja, Saiful berkata dia tidak rela lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan.Bagaimanapun apabila ditanya kali kedua kenapa beliau berhenti kerja, katanya beliau tidak sanggup lagi diperlakukan seperti dalam pertuduhan itu iaitu tidak mahu diliwat lagi.

Dalam keterangan tambahan Saiful pada 5 Februari 2010, dia memeberitahu selepas hantar email peletakan jawatan 27 Jun, Anwar telah menghubunginya dengan nada marah.

Mohd Yusof : Ada Anwar tahu niat kamu letak jawatan?

Saiful : Saya hantar email ke Anwar pada 27 Jun, Jumaat waktu pagi. Selang beberapa jam kemudian, Anwar telefon dengan nada marah dan suruh saya jumpanya di pejabat seksyen 16, Petaling Jaya.

Mohd Yusof : Ada jumpa Anwar ?

Saiful : Ada. Saya takut tetapi saya pergi juga jumpa Anwar.

Mohd Yusof : Dalam pertemuan itu apa jadi?

Saiful : Anwar tanya kembali apa saya nak, saya nyatakan sebab-sebab seperti dalam email iaitu kurang disiplin, lewat ke pejabat dan Anwar selalu marah saya. Keduanya, saya kurang berkelayakan dan takut dipertikaikn kerana saya diberikan keistimewaan dari staff yang berkelayakan. Sebagai contoh, saya ada bilik sendiri di pejabat baru di Tropicana City Square. Hasrat sebenar saya adalah saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi seperti dalam pertuduhan.

Karpal Singh : Objek to the word “lagi”.

Mohd Yusof : I have no objection. Seperti pertuduhan

Hakim : Perkataan “lagi” merujuk kepada masa seperti pertuduhan, proceed.

Mohd Yusof : Apa reaksi Anwar ?

Saiful : Anwar agak kesal dan pujuk saya agar tidak letak jawatan. Beliau suruh saya lebih berdisiplin. Beliau juga buat counter offer di mana Anwar beritahu, beliau ingin menaja pelajaran saya tidak kira ke mana di samping dapat gaji dan elaun yang penuh

Mohd Yusof : Setuju dengan tawaran?

Saiful : Depan AI saya takut nak bantah, tetapi saya tidak ada minat. Jadi pada masa itu saya setuju. Setelah selesai, Anwar ada reply email, beliau tulis “terima kasih kerana sudi sambungkan perkhidmatan” dan beberapa perkara lain yang saya tidak ingat.

Selanjutnya, sila baca “Ketua Staf, Ibrahim Yaacub Sahkan Anwar & Saiful Berada di Kondo

Jadi berdasarkan kedua-dua keterangan Saiful di mahkamah itu, maka tidak hairan Saiful boleh hadir di rumah Anwar pada petang 27 Jun 2008, sebab Anwar telah memujuk Saiful ekoran email perletakan jawatannya. Kehadiran Saiful di rumah Anwar seperti dalam foto di atas adalah buat kali terakhir. Tidak ada apa-apa yang perlu diragukan kerana memang Anwar meliwat Saiful, sebab itu Anwar tersangat risau, apabila Saiful menghantar email untuk meletakkan jawatan pada 27 Jun (pagi). Anwar juga sanggup menawarkan segala keistimewaan kepada Saiful termasuk sponsor pelajarannya, dengan syarat Saiful meneruskan khidmat dengan Anwar. Anwar juga turut memberi pelbagai hadiah-hadiah kepada Saiful ibarat seperti kekasih.

Walaupun mulut Saiful terpaksa bersetuju dengan permintaan Anwar, tetapi hati kecilnya menolak kerana dia tahu, apabila dia bekerja semula dengan Anwar dan menerima tawaran-tawaran Anwar, selama-lamanya dia akan diliwat oleh Anwar.

Spender Shaiful
Spender Shaiful

Mohd Saiful : Anwar Lantik Saya Jadi Pembantu Peribadinya..

UTAMABERITAKes Liwat Ke 2 Anwar Ibrahim: Hujah Bukti Gambar Mangsa Oleh Gopal...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium