BERITADatuk Seri Dan Datuk Didakwa Kerana Menyeleweng Diesel

Datuk Seri Dan Datuk Didakwa Kerana Menyeleweng Diesel

Datuk Seri Dan Datuk Didakwa Kerana Menyeleweng Diesel

Tiga pengarah syarikat pemborong minyak bergelar Datuk Seri dan dua lagi bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan menyeleweng minyak diesel berjumlah hampir 164,000 liter bernilai RM3.6 juta.

Dan seperti dijangka, mereka mengaku tidak bersalah.

Hakim Salawati djambari menetapkan 11 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh, Datuk Seri Chong Kor Yong, 56 tahun, Datuk Chong Tzeng Hang, 30 tahun, dan Datuk Mohamad Mahmood, 59 tahun, dibenar ikat jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan tiga penjamin.

Ketiga-tiga tertuduh adalah pengarah Syarikat Harbour Talent Sendirian Berhad.

Turut dihadapkan ke Mahkamah, Pekerja Syarikat Terbabit, Teo Yong Foo.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didapati menyimpan minyak diesel terbabit di dalam sebuah kapal milik syarikat di Perairan Kampung Tanjung Belungkor, Tanjung Surat, Kota Tinggi, 6 Jun lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 22(4) 4 akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara 3 tahun atau denda 100 ribu ringgit atau kedua-dua sekali bagi individu.

Bagi kesalahan syarikat – boleh didenda sebanyak 250 ribu ringgit.

Kes berkenaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya, alison chan.

Semua tertuduh diwakili peguam bela, mohammad abdul kadir

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami