Azeez Rahim panggil Hanipa Maidin ‘Mamak Tongkang’ (video)

Azeez Rahim panggil Hanipa Maidin ‘Mamak Tongkang’ (video)

Azeez Rahim panggil Hanipa Maidin ‘Mamak Tongkang’ (video)

Kisah mamak tongkang dan perdebatan antara ahli parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dengan ahli parlimen DAP Batu Gajah, V. Sivakumar menghangatkan seketika suasana sidang Dewan Rakyat, tengahari Khamis.

Azeez sedang membahaskan Bajet 2015 ketika ahli parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin mencelah menyatakan tidak puas hati dengan hujah Azeez bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberi tanpa memilih parti politik malah orang PAS pun ramai menerima bantuan itu di Baling.

Hanipa cuba menyindir Azeez dengan berkata, tidak ada masalah orang PAS terima BR1M kerana itu duit rakyat bukan duit pokek ahli parlimen Baling itu.

Sebelum itu Azeez tidak memberi laluan kepada Hanipa kerana masa perbahasannya yang sedikit.

Namun, selepas beberapa kali Hanipa meminta laluan, Azeez berkata, “Bagilah chance (peluang) nanti mamak ni marah pulak,”.

Bagaimanapun, selepas mendengar sindiran ahli parlimen Sepang itu, Azeez mengecam Hanipa dengan memanggilnya mamak tongkang.

Ikuti perdebatan Azeez dengan Hanipa serta perbahasan beliau dalam bahasa tamil dengan V.Sivakumar.

Tahun lalu, Azeez juga bercakap bahasa Tamil dengan ahli parlimen PKR Kapar ketika berbahas di Dewan Rakyat.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

VIDEO | Semua Ahli Parlimen BN minta ditangguh RUU URA – Tok Mat Hasan

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order – Zahid

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami