Masyarakat tidak seharusnya bimbang mengenai isu Akta Hasutan 1948 yang dikatakan wajar dikekalkan.
Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan, kewujudannya, bagi memastikan tiada pihak sewenang-wenangnya menyentuh isu-isu sensitif membabitkan masyarakat Malaysia.
Beliau ditemui ketika melakukan lawatan ke Media Prima semalam, diiringi oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar.
Ujarnya, akta itu, membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan masyarakat berbilang kaum.
Antaranya yang membabitkan kedudukan orang melayu dalam perlembagaan.