BERITAKlip video dera di asrama kes lama - Polis Perlis (video)

Klip video dera di asrama kes lama – Polis Perlis (video)

buli-pelajar-asrama

Polis Perlis mengesahkan video klip terbaharu mengenai kes buli yang tersebar melalui laman sosial Facebook sejak pagi ini, sebagai kes lama yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi berkata kejadian itu berlaku pada Jun lalu di sebuah rumah anak yatim di negeri ini, membabitkan sekumpulan penghuni premis itu yang membuli penghuni junior lain.

“Sebaik tersebar video klip terbabit, kita jalankan siasatan sebelum mendapati ia video klip lama yang berlaku di rumah anak yatim terbabit.

“Kita memang ada terima laporan daripada pihak pengurusan rumah anak yatim berkenaan mengenai kejadian itu sebelum ini dan siasatan juga sudah dijalankan…kes juga sudah dianggap selesai,” katanya.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Tekanan pada leher punca kematian murid tahun empat di Senawang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami