GAYA HIDUPAGAMAJangan Sewenang-wenang Kritik Fatwa - Sultan Selangor

Jangan Sewenang-wenang Kritik Fatwa – Sultan Selangor

sultan-seangor-jangan-hina-fatwa

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini membidas segelintir pihak yang sewenang-wenangnya mengkritik fatwa tanpa pemahaman yang kukuh mengenainya.

Titah baginda, umat Islam perlu bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami ajaran Islam dan ia perlu mengatasi ideologi dan kepentingan politik.

 

 

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jumaat lalu, Badan Bukan Kerajaan NGO, Sister In Islam, SIS memfailkan semakan kehakiman ke atas fatwa dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor MAIS yang mengharamkan kumpulan wanita Islam itu.

MAIS Julai lalu mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Bagi menyelesaikan kontroversi itu, Menteri Besar, Azmin Ali mencadangkan agar Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid dan MAIS mengadakan pertemuan dengan SIS.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami