Thursday, February 29, 2024

MP pembangkang terperangkap isu 1MDB- pakdin.my

JEFF-VS-TONY

Isu 1MDB terus jadi modal pembangkang sehingga menganggu perjalanan penggulungan Bajet 2015 Kementerian Kewangan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada sesi petang sidang Dewan Rakyat, Khamis.

Penjelasan demi penjelasan Ahmad kerap dicelah ahli parlimen pembangkang sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan “sudah terang lagi bersuloh.”

Tindakan Ahli Parlimen DAP Petaling Utara, Tony Pua mempersoalkan jawapan berhubung jumlah hutang, kadar faedah, peranan kerajaan sebagai penjamin dan pelaburan di Pulau Cayman turut mengundang bantahan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, (BN).

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani turut bangun menemplak Phua dengan menggesa beliau membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dibuat kerana tindakan beliau itu seolah-olah kerajaan menipu dalam menjawap isu-isu berhubung 1MDB.

Dewan katanya juga berhak mengetahui perkara sebenar dan Phua seharusnya berhenti membuat dakwaan selagi belum membuat laporan polis.

Ahmad Maslan yang menyambung penggulungan kemudiannya menemplak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada 13 Oktober mendakwa 1MDB diberi projek bernilai 3 bilion di Melaka sedangkan hakikat sebenar kata Ahmad ialah projek itu diberi nama projek 3B dan bukan nilainya.

Tindakan Ahmad menyindir ahli-ahli parlimen pembangkang terus dibantah namun Maslan selamba menyambung penggulungan memberitahu bahawa 1MDB sudah membawa pulang 60% pelaburan di Pulau Cayman dengan bakinya dijangka hujung tahun ini.

Namun dicelah pula Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi berhubung pembelian 234 ekar tanah dengan harga RM120 sekaki persegi di Pulau Pinang untuk pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik.

Ahmad menjawab bahawa pembelian itu untuk tujuan pembangunan bersepadu membabitkan 9,999 unit rumah kos rendah dan mampu milik serta kompleks komersil tetapi dicelah pula oleh Phua yang mendakwa bahawa kerajaan Pulau Pinang telah membina berpuluh ribu rumah kos rendah di Pulau Pinang terus dibantah beberapa ahli-ahli parlimen BN yang mahu beliau memberikan bukti.

Phua yang meninggikan suara membalas dengan memberitahu bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menubuhkan dana perumahan terbesar di Malaysia namun berdalih bila diminta memberikan bukti jumlah dan lokasi rumah kos rendah sekaligus kecoh dipertikaikan ahli-ahli parlimen BN.

Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sebelum ini beberapa kali memberi amaran terpaksa mencelah tegas meminta pegawai parlimen mengambil nama mana-mana ahli parlimen yang membuat bising untuk diusir dari dewan bagi meredakan keadaan.

Ahmad menyelesaikan kekecohan itu dengan memberitahu semua untuk merujuk laman web rasmi 1MDB bagi mendapatkan pelbagai jawapan yang menjadi persoalan.

UtamaEDITORIAL1MDBMP pembangkang terperangkap isu 1MDB

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR