Gobind dakwa PAS hanya ditadbir Hadi Awang - pakdin.my

hadi-anwar

Selepas Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Presiden PAS itu jarang hadir mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, pada Rabu Gobind Singh Deo pula membidas Hadi.

Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP itu menuduh PAS hanya ditadbir seorang lelaki bernama Abdul Hadi Awang..
Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berkata,  kerana dikuasai oleh seorang individu menyebabkan PAS sering tidak sehaluan dengan DAP dan PKR dalam beberapa isu.

Katanya, rakyat berharap agar pemimpin Pakatan Rakyat akan bersatu hati untuk membina parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

“(Rakyat) berharap bahawa pemimpin dalam Pakatan akan bersatu hati dan fikiran bersama-sama demi membina parti alternatif yang boleh memimpin negara ini menggantikan BN.

“Kami bukan menjatuhkan Hadi secara peribadi, tetapi daripada apa yang kami perhatikan sebelum ini, jelas PAS ditadbir oleh seorang lelaki, namanya Hadi.

“Beliau sahaja boleh mengatasi sesiapa saja dalam parti itu,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Gobind juga mendakwa Presiden PAS itu bersikap ;tidak hormat; kepada rakan-rakan dalam PR akan membuat kenyataan bahawa terpulang kepada dirinya untuk hadir ke mesyuarat PR atau tidak.

Katanya, DAP hanya menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden PR  demi kebaikan gabungan parti pembangkang itu.

“Jadi tidak salah meminta beliau (Hadi) hadir dalam mesyuarat, jika keputusan yang hendak diputuskan demi masa depan Pakatan Rakyat,” katanya

UTAMAPOLITIKGobind dakwa PAS hanya ditadbir Hadi Awang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium