Pembuli Jalan Raya Patahkan Wiper Dan Ludah Kereta Di Dakwa - pakdin.my

khoo-kok-ann-pembuli-jalanraya-ldp.jpg

Pengarah syarikat konsultan yang didakwa membuli seorang pemandu di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Isnin lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Tertuduh, Khoo Kok Ann , 58, didakwa menggunakan ugutan jenayah ke atas Alisa Thean Wei Yun, 35, dengan menghalang kereta kereta mangsa dalam kejadian pada Isnin lalu.

ludah-kereta-ldp.jpg

Dia kemudiannya berhadapan tuduhan kedua kerana merosakkan ‘wiper’ serta meludah di cermin hadapan kereta mangsa.

Kedua-dua insiden berkenaan didakwa berlaku kira-kira pukul 8 pagi pada Isnin lalu.

Jika terbukti bersalah, Khoo bakal berhadapan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 427 bagi kesalahan merosakkan kenderaan mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han yang meminta jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan berkata, kes itu melibatkan kepentingan awam dan tersebar secara meluas di media sosial.

Bagimanapun peguam yang mewakili Khoo, Geetha Thanigasalam meminta jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan.

Majistret Salamiah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan semula kes.

UTAMABERITAPembuli Jalan Raya Patahkan Wiper Dan Ludah Kereta Di Dakwa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium