Kelajuan Internet Perlahan Akibat Kerosakan Kabel Dasar Laut – Telekom Malaysia - pakdin.my

SMW4 submarine cable

Pengguna internet mengalami kelajuan akses perlahan disebabkan oleh masalah kabel dasar laut Asia Tenggara-Tengah Eropah Timur-Barat (SMW4) yang menyediakan pautan data antarabangsa ke Eropah. Telekom Malaysia memaklumkan ianya melibatkan semua rangkaian Unifi dan Streamyx kepada pengguna yang mengakses laman web dan pelayan yang berpangkalan di Eropah.

Langkah-langkah telah diambil untuk mengalihkan trafik melalui rangkaian antarabangsa yang lain, yang akan mengalami sambungan internet perlahan. Perkara ini dimaklumkan oleh TM pada 20 November, walaubagaimanapun  ia hanya disedari oleh kebanyakan pengguna pada minggu ini. Tidak ada maklumat lanjut berkaitan masalah tersebut dikeluarkan, dan tidak dapat dipastikan berapa lama masa yang diambil bagi memperbaiki kerosakan tersebut.

Dua bulan yang lalu kabel dasar laut Asia-America Gateway (AAG)  yang menghubungkan Asia Tenggara ke Amerika terputus menyebabkan gangguan kepada kelajuan internet di seluruh rantau ini. Kerosakan hanya dipulihkan sepenuhnya pada bulan Oktober.

[Sumber: TMnet]

UTAMAGAYA HIDUPKelajuan Internet Perlahan Akibat Kerosakan Kabel Dasar Laut - Telekom Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium