BERITAPelancar roket dan senjata berat dirampas di Inanam, Sabah

Pelancar roket dan senjata berat dirampas di Inanam, Sabah

senjata-api-tiruan-sabah

Polis Sabah merampas pebagai senjata antaranyaq  31 laras senjata api tiruan, senjata berat jenis Garrand dan pelancar roket dalam satu serbuan di Kolombong, Inanam, dekat sini, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dalam sidang media di Kota Kinabalu,  rampasan itu ekoran penahanan seorang lelaki di Lido yang ditemui membawa satu senjata tiruan dalam keretanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit mendakwa senjata itu dijual kepada pengumpul senjata api tiruan.

“Bagaimanapun polis masih menyiasat mungkin senjata ini digunakan untuk tujuan jenayah kerana bentuknya sama seperti senjata api sebenar.

“Siasatan bagi mengenal pasti siapa pembelinya. Suspek kini direman empat hari mengikut Akta Senjata Api,” katanya.

Jalaluddin berkata, semua senjata tiruan yang dirampas adalah buatan China serta Taiwan dan dia dipercayai membelinya daripada seorang lelaki warga China dikenali dengan panggilan ‘Lau Pan’ atau bermaksud ‘boss’ di Kota Kinabalu.

“Nilai harga pasaran senjata api tiruan yang dirampas dianggarkan RM45,000,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami