BERITAHarimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF Suzuki (video)

Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF Suzuki (video)

Harimau Malaya ke separuh akhir Piala AFF Suzuki (video)

Malaysia mempamer karakter hebat ketika membenam penyandang juara, Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang sebentar tadi untuk melangkah ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Selepas kedudukan terikat 0-0 pada babak pertama, Malaysia tampil dengan aksi lebih kemas di separuh masa kedua dan berjaya membuka jaringan menerusi Safee Sali pada minit ke-61.

Bagaimanapun tuan rumah mengejutkan Harimau Malaya apabila berjaya menyamakan kedudukan, 22 minit kemudian selepas Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal menolak bola muntah yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Permainan kelihatan hampir akan tamat dengan kedudukan 1-1, namun Mohd. Safiq Rahim menggembirakan penyokong Malaysia apabila meletakkan pasukan negara kembali di depan pada waktu kecederaan menerusi sepakan penalti selepas Amri Yahyah dijatuhkan pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Ketika Singapura ghairah untuk mencari gol penyamaan dengan semua pemainnya diarahkan turun ke kawasan Malaysia, pasukan negara mengatur serangan balas dan akhirnya pemain veteran, Indra Putra Mahyuddin menyempurnakan gol ketiga untuk kemenangan 3-1.

Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B, mengiringi Thailand yang dinobat sebagai juara selepas menumpaskan Myanmar 2-0 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Jalan Besar.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Visi ECRL Najib Razak dan potensi Pelabuhan Kuantan mengubah landskap logistik serantau: Jambatan Darat Thailand bukan ancaman

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami