Warga emas hilang dalam ladang sawit sejak Jumaat di Kampung Lintah Slim Village - pakdin.my

slim-village

TANJUNG MALIM – Seorang wanita warga emas berusia 81 tahun dilaporkan hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Lintah, Slim Village di sini sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Mat Isa berkata, wanita tersebut, Aton Manap keluar dari rumah pada petang hari berkenaan dan tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan selepas polis menerima laporan kehilangan Aton daripada anaknya pada Ahad lalu.

“Semasa operasi dijalankan, selain menemukan kain batik yang dipakai mangsa, kita turut menjumpai kesan tapak kaki di kawasan lembah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

UTAMAWarga emas hilang dalam ladang sawit sejak Jumaat di Kampung Lintah Slim...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium