Friday, October 11, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Sorotan 2014: Dunia Politik Parti Pakatan 2014 Penuh Drama - pakdin.my

pas dlm pakatan rakyat

Tahun demi tahun, pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mampu menyajikan keutuhan dan permuakatan yang jitu dalam jalinan kerjasama mereka.

Kerjasama politik yang dimeterai sejak 2008 ternyata tidak mampu membentuk kepercayaan yang tidak berbelah-bahagi dalam kalangan pemimpin ketiga-tiga parti itu, malah pergeseran dan pertentangan di kalangan pemimpin yang diserlahkan untuk tatapan rakyat.

Kematian ahli politik veteran dan juga peguam terkenal Karpal Singh, yang dikenali sebagai ‘Tiger of Jelutong’ pada 17 April akibat kemalangan jalan raya ternyata memberi impak besar bukan sahaja dalam lanskap politik negara malah dunia perundangan.

Dalam kerjasama politik pakatan, Karpal Singh dikenang sebagai pemimpin DAP yang paling kuat menentang hukum hudud yang diperjuangkan PAS, sehingga pernah mengungkapkan kata-kata ‘langkah mayat saya dahulu sebelum laksanakan hudud’.

Walaupun berbeza ideologi politik, kematian bekas Pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu ternyata meninggalkan ruang kosong yang besar.

Dunia politik parti pakatan sepanjang 2014 penuh warna-warni. Langkah Kajang dan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor adalah antara isu yang mencetuskan kontroversi dalam pakatan PKR-PAS-DAP.

Keghairahan menukar menteri besar yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika itu dimulai dengan ‘Langkah Kajang’, satu pilihan raya kecil yang sengaja diadakan bagi menyingkirkan Abdul Khalid dan memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

Pun begitu, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang akibat kes mahkamah dihadapinya, lalu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi berkenaan dan menang dengan majoriti undi merosot. Sandiwara PKR berterusan dengan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar yang baharu dan disokong penuh oleh DAP.

Rakyat juga disajikan dengan polemik pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu apabila PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal dan menyifatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu sebagai tidak berkebolehan, sekaligus mencetuskan ketegangan di kalangan ketiga-tiga parti itu.

Akhirnya, ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 23 Sept.

Kerjasama politik atau tahaluf siyasi juga mendominasi politik pembangkang pada tahun ini memandangkan titik persamaan yang dicari antara PAS, PKR dan DAP masih belum lagi ditemui meskipun telah memulakan pakatan sejak 2008.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din pada 17 Sept menggesa Dewan Ulama mengkaji semula tahaluf siyasi dalam gabungan pakatan yang longgar dan bagi menghadapi cabaran politik semasa.

Pada 20 Sept lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berucap pada Muktamar PAS ke-60 turut membidas rakan tahaluf siyasi itu, yang disifatkannya sebagai tidak beretika kerana ‘mencuri’ dua wakil rakyat parti berkenaan iaitu Saari Sungib (DUN Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) untuk menyokong tindakan mereka dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tidak cukup dengan itu, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 29 Sept dilapor sebagai berkata biarpun PAS menegaskan akan kekal bersama parti pakatan, parti itu tetap dibuli oleh rakan-rakan dalam gabungan.

Reaksi berbeza juga ditunjukkan DAP, seolah-olah ‘membalas dendam’ ke atas PAS, apabila bertindak mempersoalkan ketidakhadiran Abdul Hadi pada mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat.

Tindakan itu memaksa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan tindakan Abdul Hadi dan menegaskan hal itu sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Presiden PAS itu mempunyai alasan tersendiri.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Mesyuarat ketiga Pakatan Rakyat (PR) Sarawak yang membincangkan pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-11 antara tiga parti dalam pakatan itu menyaksikan ketiadaan wakil DAP.

DAP Sarawak sebelum ini menyatakan akan menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam pakatan pembangkang.

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata Jawatankuasa DAP Sarawak mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Politik tanah air menyaksikan lima Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan tahun ini, melibatkan dua kawasan Parlimen iaitu Teluk Intan, Perak dan Bukit Gelugor di Pulau Pinang manakala bakinya adalah kerusi DUN iaitu Kajang (Selangor), Balingian (Sarawak) dan Pengkalan Kubor (Kelantan).

Daripada lima kawasan tersebut, pakatan PAS-PKR-DAP hanya berjaya mengekalkan dua kawasan sahaja iaitu Parlimen Bukit Gelugor (DAP) yang diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh manakala DUN Kajang (PKR) ekoran peletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh.

Pakatan pembangkang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang sebelum ini dikuasai DAP dan gagal menambah dua kerusi DUN iaitu Balingian dan Pengkalan Kubor yang dimenangi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei tahun lepas.

Kemenangan dua kerusi oleh pakatan pembangkang dalam siri PRK menyaksikan kemerosotan jumlah majoriti yang diperoleh berbanding penyandang sebelum ini.

Di DUN Kajang, Dr Wan Azizah Ismail hanya menang dengan majoriti 5,379 undi berbanding 6,824 undi yang diterima bekas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada parti sama pada PRU13.

Undi yang diperoleh Dr Wan Azizah berkurangan 1,445 undi atau 14.4 peratus dalam pilihan raya kecil yang berlangsung pada 23 Mac lepas.

Meskipun dikuasai DAP sejak 2004, Ramkarpal Singh Deo, anak kepada mendiang Karpal Singh gagal meningkatkan majoriti biarpun pemerhati politik meramalkan beliau mampu melonjakkan majoriti undi berikutan elemen simpati ke atas kematian bapanya.

Ramkarpal memperoleh majoriti 37,659 undi iaitu penyusutan kira-kira 12 peratus berbanding 42,706 undi yang diperoleh Karpal Singh.

Pada 4 Nov lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Anwar.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata tindakan itu dibuat setelah baginda berunding dengan Dewan Diraja Selangor dan selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan darjah kebesaran sepertimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mohamad Munir berkata penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang dikurniakan pada 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor.

Anwar dalam maklum balas berhubung perkara itu dilapor sebagai berkata penarikan balik darjah kebesaran, yang membawa gelaran Datuk Seri, tidak menghalang beliau untuk meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Selain Selangor, Anwar pernah menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dari Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah, Perak dan Perlis.

Perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, yang dicadangkannya pada 1993, menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada DAP yang terus konsisten menentang pelaksanaan hukum itu.

Perkara ini dizahirkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Persidangan Kebangsaan DAP di Petaling Jaya 14 Dis lepas, yang dilapor sebagai berkata bahawa penolakan hukum hu-dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi sederhana dan bukannya pengundi ekstrem dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.

Lim berkata untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, parti pakatan harus ada pendirian tegas dan kedudukan yang jelas bahawa pakatan itu tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

Kenyataan Lim mendapat reaksi segera daripada Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang dilapor berkata bahawa parti itu tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud meskipun ditentang DAP.

Mahfodz berkata DAP tidak berhak menghalang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan memandangkan negeri itu adalah di bawah pentadbiran PAS.

Pada hari sama juga, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Dis ini, sebelum dibentangkan di Parlimen.

Mengikut Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh melaksanakan undang-undang berkenaan setelah mendapat kebenaran Parlimen, kata Ahmad.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: