BANJIR: Apabila MB Kelantan memohon maaf… - pakdin.my

banjir-najib-mb-kelantan

Tiga hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam pihak tertentu kononnya lebih mengutamakan hayunan golf bersama Presiden Barack Obama ketika negara berdepan banjir.

Mereka menuduh Najib sanggup bercuti daripada mengambil berat nasib mangsa-mangsa banjir yang kelaparan, kehausan dan berdepan pelbagai masalah apabila terputus hubungan dengan pasukan penyelamat.

Pagi Sabtu, Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob memohon maaf kerana tidak dapat membantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir kerana beliau sendiri terperangkap di kediamannya.

Beliau berkata, kediamannya di Alor Pasir, Pasir Pekan itu turut dinaiki air sejak semalam.

“Saya memohon maaf kepada sekalian rakyat khususnya rakyat di DUN saya kerana pada masa ini saya menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Cerita dua pemimpin ini perlu dihayati lebih mendalam.

Najib, walaupun tiada di dalam negara sejak seminggu lalu namun gerakan membantu mangsa-mangsa banjir terus berjalan dengan diseralaskan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Malah di Kelantan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed sejak awal-awal turut memastikan segala bantuan dapat disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir sama ada di pusat pemindahan atau di tempat lain.

Di negeri-negeri lain yang turut terjejas, seperti Pahang dan Perak, menteri besar bertanggungjawab terhadap segala urusan berkaitan banjir serta bantu kepada penduduk yang ditimpa musibah itu.

Dalam erti kata lain, tanpa Najib jentera bantuan mangsa banjir bergerak seperti biasa kerana banjir sudah sinonim pada setiap hujung tahun di negara ini kecuali pada kali ini, keadaannya memang luar biasa.

Bagaimanapun, nasib Ahmad berbeza.

Walaupun, sebagai menteri besar yang sepatutnya urusan banjir di Kelantan terpikul dibahunya tetapi pengakuan maafnya itu membuktikan, tidak banyak yang beliau dapat lakukan.

Jika penduduk di kawasannya sendiri pun tidak menerima bantuan, apatah lagi di jajahan lain terutama Kuala Krai yang teruk terjejas.

Sungguhpun, begitu tidak ada yang marah-marah atau bising kepada Menteri Besar kerajaan PAS Kelantan itu.

Beliau berada di Kelantan tetapi tidak banyak yang boleh beliau buat berbanding Najib yang berada di luar negara sebelum ini, tetapi urusan berkaitan banjir tetap berjalan.

Dengan negeri paling teruk terjejas banjir, Kelantan sudah tentu menjadi tumpuan utama pemimpin negara termasuk Najib.

Beliau tiba dari luar negara pagi tadi dan terus terbang ke Kelantan, bagi meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir dan mendengar taklimat mengenai penyaluran bantuan kepada mereka terlibat.

Paling menarik, Najib, Ahmad dan Mustapa duduk sekali mencari jalan bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang sudah terputus hubungan darat.

Mereka meninjau kawasan dan melihat mangsa-mangsa banjir dan kemudian bersama-sama menikmati makan tengahari.

Jelas sekali, bencana banjir mendekatkan pemimpin kerajaan dengan pemimpin PAS itu.

Malah seperti kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, bantuan diberikan kepada mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik kerana semua mereka adalah rakyat negara ini yang perlu ditolong oleh kerajaan.

Sebab itu juga, jika sebelum ini Kementerian Kewangan sudah mengumumkan bantuan RM50 juta, Perdana Menteri hari ini umum bantuan khusus RM500 juta kepada negeri terjejas banjir.

Malah, beliau mengarahkan supaya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dipercepatkan kepada pertengahan Januari.

Itu tidak kira pelbagai bantuan lain yang aan menyusul.

Ketika ini, kesulitannya adalah untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, memastikan mereka dapat bekalan makanan serta minuman.

Selepas ini, tanggungjawab terhadap mereka tentu lebih besar kerana ramai mangsa banjir musnah harta benda malah ada yang kediaman musnah dan dihanyutkan arus.

Mereka ini perlu tempat tinggal baharu, peralatan rumah dan pakaian baharu terutama kepada anak-anak yang bakal ke sekolah.

Jika ada penduduk di Terengganu dan Pahang boleh kata, mereka boleh dapat bantuan kerana negeri ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN), bagaimana pula dengan Kelantan yang ditadbir kerajaan PAS?

Adakah kerajaan BN akan mengabaikan mereka?.

Jawapannya tentu tidak kerana ketika ini pun hampir separuh bantuan di arahkan ke Kelantan.

Malah kehadiran Najib dan Muhyiddin membuktikan bahawa Kelantan tidak dianaktirikan.

Beruntunglah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng kerana mereka tidak teruk dikecam walaupun berada di luar negara ketika rakan-rakan PAS di Kelantan memerlukan solidariti.

Walaupun dikecam, dihina dan dituduh macam-macam inilah yang membezakan kepimpinan kerajan BN dengan pembangkang.

UTAMAPOLITIKBANJIR: Apabila MB Kelantan memohon maaf…

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium