AirAsia QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui – Tentera Laut Indonesia (video) - pakdin.my

airasia qz8501 mayat ditemui

Sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 mayat di kawasan operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata seorang jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir kepada AFP.

“Berdasarkan radio tentera laut, ia dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah menemui 40 mayat dan bilangannya terus meningkat. Mereka sedang sibuk ketika ini,” katanya.

Kru pesawat Hercules bagi operasi menyelamat turut menemui mayat-mauat lain berhampiran dengan lokasi penemuan mayat yang pertama dan serpihan, yang ditemui di Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam

airasia qz8501 gelongsor kecemasan.

Pembantu juruterbang Hercules A-1319, Leftenan Erwin Tri Prabowo berkata, beliau mengesan sebanyak lapan mayat dalam lingkungan 2-3 batu nautika (5 kilometer).

Satu mayat yang berpakaian baju putih dan seluar hitam ditemui terapung, manakala yang lain dikesan memegang tangan, lapor Detik.com.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan bahawa kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo menemui enam mayat, lapor stesen televisyen TVOne.

 

 

UTAMADUNIAAirAsia QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui - Tentera Laut Indonesia (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium