BERITADUNIAPesawat AirAsia EZD 272 Terbabas Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Kalibo

Pesawat AirAsia EZD 272 Terbabas Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Kalibo

AirAsia EZD 272 terbabas kalibo filipina 1

KALIBO (Filipina): Pesawat AirAsia EZD 272 terbabas sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Filipina pada petang Selasa.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) berkata, pesawat AirAsia itu membawa seramai 153 penumpang dan enam anak kapal terbabas di Landasan 23 pada pukul 5.43 petang.

Jurucakap CAAP, Eric Apolonio berkata, kesemua penumpang dalam penerbangan EZD 272 dari Manila ke Kalibo selamat.

Pengurus CAAP kawasan Visayas Barat, Percy Malonesio berkata, operasi lapangan terbang dihentikan sementara bagi membolehkan pasukan mengalihkan pesawat itu untuk landasan dapat digunakan semula.

AirAsia EZD 272 terbabas kalibo filipina 2

Menurut CAAP, punca pesawat Airbus A320 yang dipandu oleh juruterbang Antonio Miguel Halaguena terbabas dari landasan masih dalam siasatan.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Cynthia Asperas dalam satu temuramah berkata, “angin kencang” mengakibatkan pesawat itu terbabas dari landasan.

Cuaca buruk di Filipina telah menjejaskan perjalanan udara di negara itu, dan dilaporkan sekurang-kurangnya empat penerbangan dibatalkan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami