AirAsia QZ8051: Hanya Tiga Mayat Ditemui, Bukan 40 – Agensi SAR Indonesia (video) - pakdin.my

airasia qz8501 mayat ditemui

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai.

“Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo,” kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta.

Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.

Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas pada Ahad, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura, dengan bangkai pesawat ditemui dekat lokasi ia terputus hubungan.

 

 

UTAMADUNIAAirAsia QZ8051: Hanya Tiga Mayat Ditemui, Bukan 40 - Agensi SAR Indonesia...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium