AirAsia #QZ8501: 46 ahli gereja antara korban, SAR digiat elak mayat reput - pakdin.my

airasia-qz8501-3mayat-ditemui-tldm

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia hari ini melahirkan harapan akan dapat menemui lokasi pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa ketika sebanyak 16 mayat ditemukan sejak kejadian itu berlaku Ahad lalu.

Ketua agensi mencari dan menyelamat (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, zon pencarian kini tertumpu di kawasan seluas kira-kira 4,079.2 kilometer persegi.

 “Jumlah keluasan pencari kini hanya satu persepuluh daripada kawasan pencarian semalam iaitu 34,965 kilometer persegi.

“Sebanyak 29 kapal dan 17 pesawat kini terlibat dalam operasi itu,’’ katanya.

Sementara itu seramai 46 ahli gereja Mawar Sharon di Surabaya terbabit dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501.

Detik.com memetik Prasetyo dari gereja tersebut, sebagai berkata daripada jumlah itu, 20 menyertai rombongan oleh syarikat Universal.

Sementara itu, menurut tweet Basarnas, usaha SAR akan dipergiatkan kerana bimbang mayat cepat reput di laut.

kapal tentera laut Indonesia KRI Banda Aceh akan tiba di lokasi nahas QZ8501 denganpetang ini, menurut Jakarta Post.

Kapal itu membawa 57 penyelam tentera laut Indonesia dari unit Komando Pasukan Katak (Kopaska) untuk membantu mendapatkan serpihan pesawat dan mayat yang mungkin masih diikat di tempat duduk mereka.

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: 46 ahli gereja antara korban, SAR digiat elak mayat reput

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium