AirAsia #QZ8501: Indonesia Siasat Semua Jadual Penerbangan AirAsia - pakdin.my

“Adalah tidak mustahil untuk kita membatalkan lesen AirAsia di Indonesia,” kata Muratmodjo.

airasia-QZ7510-pilot-syaki-ambil-dadah

Kementerian Pengangkutan Indonesia akan menyiasat semua jadual penerbangan syarikat penerbangan AirAsia Indonesia bermula Isnin selepas kerajaan memulakan siasatan berhubung punca kehilangan pesawat QZ8501 sejak seminggu lalu.

Ia berlaku selepas kementerian berkenaan mendapati pesawat QZ8501 telah melanggar perjanjian dengan melanggar waktu operasi laluan yang dibenarkan.

Syarikat penerbangan tersebut didapati telah melanggar surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam bertarikh 28 Oktober 2014, yang menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu hanya dibenarkan untuk berulang alik menggunakan laluan itu pada hari Isnin, Selasa, Khamis, dan Sabtu.

Walau bagaimanapun, AirAsia Indonesia telah didapati melanggar permit dengan menggunakan laluan itu pada 28 Disember hari di mana penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dengan pesawat telah hilang.

“Kami akan menyiaat semua jadual penerbangan AirAsia,” kata pemangku Ketua Pengarah Penerbangan Awam, di Kementerian Pengangkutan, Djoko Muratmodjo.

“Kita berharap untuk memulakan siasatan Isnin ini. Kita tidak fokus kepada lesen, cuma jadual sahaja.

“Adalah tidak mustahil untuk kita membatalkan lesen AirAsia di Indonesia,” kata Muratmodjo.

Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan pengantungan penerbangan AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura berkuat kuasa Jumaat.

“Permit AirAsia untuk laluan tersebut telah digantung kerana ia melanggar perjanjian yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, AirAsia berkata syarikat berkenaan akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan dan enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara tersebut hingga siasatan selesai dijalankan.

Kementerian Pengangkutan berkata penumpang yang telah membeli tiket AirAsia bagi laluan Surabaya-Singapura harus dipulangkan kembali wang mereka atau diganti dengan tiket daripada syarikat penerbangan lain seperti peraturan yang ditetapkan.

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: Indonesia Siasat Semua Jadual Penerbangan AirAsia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium