BERITADUNIAAirAsia #QZ8501: Empat Objek Besar Ditemui (video)

AirAsia #QZ8501: Empat Objek Besar Ditemui (video)

airasia-qz8501-4 objek-besar-ditemui

Pasukan pencarian nahas pesawat Air Asia QZ8501 menemui empat objek bersaiz besar, dipercayai bahagian pesawat berkenaan.

Menurut Ketua Badan SAR Indonesia, Basarnas, bahagian pesawat yang ditemui bagaimanapun belum dapat dikenal pasti.

Objek terakhir ditemui jam sebelas malam semalam.

Operasi mencari dan menyelamat disertai sejumlah 60 buah kapal, lapan buah pesawat, dan empat buah helikopter.

Pasukan pencarian turut menggunakan beberapa buah kenderaan operasi jarak jauh, atau ROV, bagi tujuan merakamkan imej objek, dalam operasi yang bersambung pagi ini.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami