BERITADUNIAAirAsia #QZ8501: Kapal TLDM KD Kasturi temui tiga lagi mayat di Laut...

AirAsia #QZ8501: Kapal TLDM KD Kasturi temui tiga lagi mayat di Laut Jawa

AirAsia #QZ8501: Kapal TLDM KD Kasturi temui tiga lagi mayat di Laut Jawa

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Kasturi berjaya menemui tiga lagi jasad mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dalam misi pencarian pesawat itu di Laut Jawa, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi laman Twitternya, sebentar tadi.

“KD Kasturi menjumpai satu lagi jasad pada (jam) 11.30 pagi di Sektor IV. Jasad berkenaan dan dua lagi yang ditemui awal tadi telah dinaikkan.

“Seorang wanita, dua (lagi) tidak diketahui,” katanya.

Ia menjadikan tujuh keseluruhan mayat yang berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) TLDM sejak menyertai misi SAR QZ8501 di perairan Laut Jawa, sejak Isnin minggu lalu.

Khamis lalu, KD Pahang berjaya menemui tiga mayat terapung di kawasan pencarian sektor I di Laut Jawa.

TLDM menggerakkan tiga kapalnya, KD Kasturi, KD Pahang dan KD Lekir bagi membantu Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) mengesan mangsa dan bangkai pesawat pesawat malang itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami