BERITADUNIAAirAsia #QZ8501 - Ekor pesawat ditemui

AirAsia #QZ8501 – Ekor pesawat ditemui

20150107-150730625
 
20150107-150718819

 Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) telah menemui bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia, penerbangan 8501 yang terhempas di Laut Jawa, kata ketua operasi SAR pada Rabu.

“Kami telah berjaya mendapatkan sebahagian daripada bahagian pesawat yang telah menjadi sasaran kami.

“Bahagian ekor pesawat dengan ini telah disahkan ditemui,” kata ketua pasukan SAR Indonesia, Bambang Soelistyo kepada pemberita di Jakarta.

Penemuan di dasar laut menandakan satu kejayaan dalam operasi carian memandangkan ekor pesawat biasanya menempatkan ‘kotak hitam’ perakam data penerbangan yang penting untuk menentukan punca kemalangan.

Pesawat itu hilang dari skrin radar semasa ribut pada 28 Disember ketika dalam penerbangan dari bandar Surabaya ke Singapura dengan 162 orang di atas kapal, yang mana sebahagian besar daripada mereka adalah dari Indonesia.

Walaupun operasi carian besar-besaran dibantu oleh pelbagai negara, kemajuan operasi tersekat-sekat dengan cuaca buruk menghalang carian. Setakat ini 39 mayat telah ditemui, semua daripada mereka terapung di atas air.

Ketua pasukan SAR sebelum ini berkata lima bahagian besar pesawat itu telah dikesan tetapi tidak mengesahkan bahagian pesawat tersebut.ini

Indonesia mendakwa pesawat itu terbang pada jadual yang tidak dibenarkan apabila ia terhempas dan AirAsia sejak itu telah digantung daripada melakukan penerbangan di laluan Surabaya-Singapura.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami