AirAsia #QZ8501: TLDM temui mayat ke 9 sejak sertai SAR - pakdin.my

airasia-qz8501-tldm-kd-kasturi-temui-mangsa

Kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia menemui mayat terbaharu seorang wanita.

Mesej Twitter, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memaklumkan bahawa, “KD Perak menemukan mayat seorang wanita pada pukul 11 pagi ini di Sektor 1. Mayat dalam proses untuk diserah kepada BASARNAS.”

Menurut Abdul Aziz, penemuan itu adalah mayat kesembilan yang ditemukan kapal Malaysia setelah menyertai operasi SAR yang memasuki hari ke-12.

Penerbangan QZ8501 dengan 162 penumpang dan anak kapal hilang daripada pengesanan radar 28 Dis lalu selepas lebih sejam penerbangan dari Surabaya menuju Singapura.

Maklumat Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia menyebut bahawa 40 mayat penumpang pesawat malang itu telah ditemui sehingga kini.

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: TLDM temui mayat ke 9 sejak sertai SAR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium