UtamaNASIONALBila Keputusan Penghakiman Kes...

Bila Keputusan Penghakiman Kes Liwat 2? - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

ds-shafee-anwar

Kedua-dua pihak, dalam rayuan terakhir kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan liwat dan hukuman lima tahun penjara masih samar-samar tentang bilakah Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan penghakimannya.

Ketika dihubungi, N. Surendran, yang merupakan sebahagian daripada pasukan undang-undang Anwar berkata, “Saya tidak tahu (bila keputusan penghakiman). Mahkamah tidak memberitahu apa-apa kepada kami.”

“Kami tidak menerima apa-apa notis daripada mahkamah,” kata Latheefa Koya, seorang lagi ahli pasukan undang-undang ketua pembangkang.

Selain Latheefa dan Surendran, pasukan undang-undang ahli Parlimen Permatang Pauh ini, terdiri daripada Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, Gobind Singh Deo, R. Sivarasa, J. Leela, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Ia diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga berkata beliau masih belum dimaklumkan oleh Mahkamah Persekutuan tentang bila keputusan itu akan siap.

“Saya tidak tahu. Mungkin bulan ini, boleh jadi juga bulan depan. Saya tidak boleh menyatakan bila keputusan itu akan siap,” kata Shafee, yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Jika Anwar didapati bersalah, beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih dari satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon mahkamah tertinggi untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas.

Pendengaran berjalan selama lapan hari dari 28 Oktober hingga 7 November 2014.

Mahkamah Rayuan mendapati pemimpin PKR itu bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan ymembawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s