Kes Liwat Anwar: Keputusan Tidak lama lagi – Ketua Hakim Negara - pakdin.my

liwat 2

Persoalan berhubung nasib Ketua Pembangkang akan terjawap tidak lama lagi.

Ia susulan kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria bahawa keputusan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diketahui ‘tidak lama lagi.’

Menurut Ariffin, kes yang didengar dua bulan dahulu masih dalam jangka masa yang dibenarkan.
“(Ia masih) dalam tempoh yang dibenarkan. (Keputusan akan dibuat) dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” kata Ariffin.
Ariffin sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, semua kes perlu diselesaikan dalam tempoh tiga bulan namun Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan jika membabitkan kes yang rumit.
Anwar, 67, sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Anwar bagaimanapun memfailkan petisyen rayuan pada 24 April, dengan memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.
Prosiding rayuan kes itu berlangsung November lalu namun keputusan mahkamah mengenainya belum lagi diumumkan sehingga.
UTAMABERITAKes Liwat Anwar: Keputusan Tidak lama lagi - Ketua Hakim Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium