Kenyataan Eric Paulsen mengenai Khutbah Jumaat bangkit kemarahan umat Islam - pakdin.my

Eric Paulsen pertikai khutbah jakim

Tindakan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang membuat kenyataan mengaitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyebaran fahaman ekstremis dilihat sebagai satu pertuduhan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia, Abdul Ghani Samsudin berkata, hal demikian adalah kerana kenyataan Eric itu adalah tidak benar kerana dikeluarkan tanpa bukti yang sahih.

“Dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat kritikan dan biarlah jelas serta berasas. Jika apa yang didakwanya itu benar, perlu sertakan rujukan tentang teks, khutbah dan siapa yang menyampaikannya bagi membuktikan kesahihan.

“Khutbah diadakan bertujuan untuk mendidik, memberi keinsafan dan jauh sekali digunakan untuk menyebarkan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan Islam. Dakwaannya itu cukup jelas mengenepikan elemen-elemen sensitiviti sesuatu agama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Advertisement

Abdul Ghani mengulas berkaitan tindakan Eric membuat pertuduhan mengaitkan Jakim dengan penyebaran fahaman ekstremis.

Eric dalam kenyataan Twitter miliknya, menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Dalam pada itu, Abdul Ghani menasihatkan agar Eric dapat memperbetulkan keadaan dan menyelesaikan perkara itu dengan segera.

“Dia perlu segera memperbetulkan keadaan kerana tindakannya itu boleh diklasifikasikan sebagai satu tentangan terhadap sesebuah agensi dan Islam secara keseluruhannya,” katanya.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenyataan-eric-bangkit-kemarahan-umat-islam-1.47096#sthash.mZZCyzD0.dpuf

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKenyataan Eric Paulsen mengenai Khutbah Jumaat bangkit kemarahan umat Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium