AirAsia #QZ8501: 'الله أكبر' Kata-Kata Terakhir Kapten Irianto – Penyiasat Kotak Hitam - pakdin.my

airasia-qz8501-Kapten Irianto

Penyiasat kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas baru-baru ini mendedahkan kata-kata terakhir Kapten Irianto.

Menurut Nurcahyo Utomo dan Pasukan Keselamatan Pengaangkutan Nasional (KNKT) berkata, ayat terakhir adalah الله أكبر ‘Allahu Akbar’ sebelum terputus hubungan.
Dalam masa sama Nurcahyo mengakui sebak ketika menjalankan siasatan kotak hitam itu yang boleh mengganggu kekuatan mental.
“Mendengar rakaman kotak hitam sesebuah pesawat bukanlah seperti mendengar muzik atau perbincangan lain.
“Ia sangat sukar untuk mendengar kata-kata seorang yang dikenali, malah dia telah mengajar saya bagaimana untuk menerbangkan pesawat ketika bersama dalam pasukan Angkatan Tentera Indonesia,” jelasnya dalam kenyataan yang dipetik dari Tribune.news.com pada Rabu.
Katanya juga, percakapan terakhir itu jugalah yang akan membawa kepada punca pesawat itu terhempas.
“Daripada percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang itu kami dapat mengetahui apa sebenarnya yang akan terjadi,” tambahnya.

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: 'الله أكبر' Kata-Kata Terakhir Kapten Irianto - Penyiasat Kotak Hitam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium