UtamaDUNIAAirAsia #QZ8501: Penglibatan Kapal...

AirAsia #QZ8501: Penglibatan Kapal TLDM Dalam Misi Pencarian Ditamatkan - pakdin.my

airasia-qz8501-tldm-kd-kasturi-temui-mangsa

Penglibatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, ditamatkan secara rasmi pada jam 6 petang Rabu.
Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ia berikutan bukti utama iaitu perakam data penerbangan (FDR) pesawat itu ditemui pada Isnin lepas dan perakam suara kokpit (CVR) dijumpai semalam.
“Di samping itu, beberapa pengesanan objek besar di bawah air mengesahkan posisi kapal terbang terhempas. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) telah menumpukan operasi pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil berkeluasan 25 batu nautika persegi.
Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Katanya, sejak 29 Dis lepas TLDM telah menugaskan lima buah kapal iaituKapal Diraja (KD) Pahang, KD Lekiu, KD Lekir, KD Kasturi dan KD Perak serta sebuah helikopter Fennec untuk membantu percarian pesawat itu.
Abdul Aziz berkata secara purata setiap kapal TLDM ditugaskan melaksanakan operasi selama lapan hari sebelum keluar dari kawasan pencarian untuk melaksanakan ulang bekal.
Kapal TLDM telah melaksanakan operasi meliputi kawasan seluas kira-kira 22,000 batu nautika persegi dan pencarian melibatkan penempatan pemerhati tambahan di atas geladak, pemantauan udara oleh helikopter Fennec, pemerhatian radar dan sonar selain penggunaan bot jenis ‘Rigid Hull Inflatable,’katanya.
“Kapal TLDM telah menjumpai dan mengambil 10 jasad (mayat empat lelaki,empat perempuan dan dua jantina tidak dikenal pasti). Di samping beberapaserpihan pesawat dan barangan peribadi mangsa turut dibawa naik,” katanya.
Abdul Aziz berkata, anggota dan pegawai yang mengendalikan kapal TLDM telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi apabila dapat bekerjasama dengan angkatan tentera laut dari negara lain seperti Indonesia, Singapura, AmerikaSyarikat, China dan Jepun.
“Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM khususnya sentiasa bersiap sedia dan komited menghulurkan segala bantuk bantuan dengan segera apabila diperlukan selaras dengan semangat setiakawan Asean yang sedia terjalin,” katanya.
Pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 hilang daripada imbasan radar pada 28 Disember semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia, bersama 155 penumpang dan tujuh anak kapal.
Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...