Sunday, March 3, 2024

Suhu di Kuala Krai kedua terendah hari ini – Meteolorogi (video)- pakdin.my

Suhu di Kuala Krai

Selepas dilanda banjir besar bulan lepas, jajahan Kuala Krai hari ini mencatat suhu kedua paling sejuk di negara ini selepas Cameron Highlands.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi, http://www.met.gov.my, Kuala Krai mencatat suhu minimum 19.4 darjah celsius dan maksimum 30.5 darjah celsius.

 

 

Suhu terendah jajahan itu kali pertama pada Januari tahun lepas.

Suhu di Cameron Highlands hari ini pula minimum 12.5 darjah celsius manakala maksimum 22.8 darjah celsius, menurut laman sesawang itu.

 

 

FENOMENA CUACA SEJUK YANG DIJANGKA MELANDA NEGARA PADA JANUARI 2015
(Dikeluarkan pada jam 04.20 petang, 8 Januari 2015)

Merujuk kepada artikel yang disiarkan di akhbar KOSMO pada 7 Januari 2015, MetMalaysia tidak menolak kemungkinan fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku pada tahun lepas boleh berulang tidak semesti pada tahun ini.

Udara sejuk dari pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk di Hemisfera Utara merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem berlaku di utara dan pantai timur semenanjung pada Januari tahun lepas.

Kehadiran udara sejuk yang mendap menyebabkan keadaan kurang pembentukan awan, berikutan ini suhu lebih sejuk pada waktu malam sehingga mencatatkan suhu serendah 17.20C seperti apa yang berlaku pada tahun lepas di Kuala Krai.

Walau bagaimanapun, fenomena berskala global seperti ini sukar diramalkan memandangkan banyak faktor lain yang mempengaruhi fenomena suhu sejuk ekstrem ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysiamet.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
8 Januari 2015

UtamaSuhu di Kuala Krai kedua terendah hari ini - Meteolorogi (video)

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR