BERITAMayat rentung disahkan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bekas tahanan Akta Kediaman...

Mayat rentung disahkan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri bekas tahanan Akta Kediaman Terhad

mayat-rentung

Mayat yang temui dalam keadaan rentung terbakar di Lumut Jumaat lalu disahkan sebagai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dari Bukit Mertajam yang dilaporkan hilang.

Sumber memberitahu, mayat itu disahkan oleh ahli patologi berdasarkan rekod pergigian milik mangsa.

Sumber juga berkata, bedah siasat berdasarkan rekod pergigian itu dijalankan hari ini berikutan keadaan mayat yang semakin mereput.

“Kami bagaimanapun sedang menunggu laporan DNA bagi mengesahkan identiti mayat berkenaan, ” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan sudah pun dijalankan dijalankan sebaik mayat berkenaan ditemui Jumaat lalu,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan kali terakhir dilihat dalam keadaan diikat dan dibawa menaiki kenderaan selepas meninggalkan sebuah pusat refleksologi di Bukit Mertajam.

Siasatan polis setakat ini mendapati, suspek datang kepada mangsa dengan menaiki dua kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kali terakhir dilihat menghala keluar di plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara Selatan.

Mayat mangsa kemudian dilaporkan ditemui kira-kira 200 meter dari jalan besar berhampiran Swiss Garden Resort dekat Lumut.

Mangsa juga dipercayai bekas tahanan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 yang sudah dimansuhkan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami