BERITANajib doakan Nik Aziz cepat sembuh

Najib doakan Nik Aziz cepat sembuh

najib-tweet-nik-aziz

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendoakan supaya bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

“Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh Allah SWT,” katanya menerusi laman twitter beliau, sebentar tadi.

Pagi tadi, tahap kesihatan Mursyidul Am PAS itu dilaporkan telah menunjukkan perkembangan positif apabila sedar sepenuhnya.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata ayahnya berbual dengan doktor mengenai perkembangan kesihatannya sepanjang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neuro.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami