Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaGAYA HIDUPAGAMALarangan Guna Kalimah 'Allah'...

Larangan Guna Kalimah 'Allah' Dalam Herald Kekal – Mahkamah Persekutuan - pakdin.my

herald-kalimah-allah

PUTRAJAYA: Majalah mingguan gereja Katolik, Herald, dilarang daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan apabila ia gagal dalam percubaan terakhirnya mengggunakan saluran perundangan pada Rabu, untuk Mahkamah Persekutuan mendengar semula permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

Panel lima orang hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak permohonan gereja bagi semakan selepas memutuskan bahawa pihak berkenaan (gereja) gagal memenuhi keperluan minimum bagi semakan yang termaktub dalam Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Beliau bekata tidak berlaku ketidakadilan dari segi prosedur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu.

Abdull Hamid berkata undang-undang kes yang diselesaikan menyatakan bahawa pemohon tidak mempunyai hak untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan kecuali dalam situasi yang jarang-jarang berlaku iaitu kecenderungan untuk bersikap berat sebelah, kegagalan kuorum, penipuan atau berlaku ketidakadilan dalam prosedur.

Beliau berkata rasional di sebalik pendekatan sangat tegas yang dipraktikkan lebih satu kurun lalu di England ialah keputusan harus bersifat muktamad, dan tetap, jika tidak, tidak akan ada akhirnya.

Hakim-hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

Berikutan keputusan itu, usaha pihak gereja menggunakan saluran perundangan bagi menarik balik larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Herald kini berakhir.

Gereja Katolik memohon untuk semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun tahun lepas yang menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu keputusan Kementerian dalam Negeri melarang menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan Herald edisi Bahasa Malaysia.

Mahkamah Persekutuan yang mencapai keputusan majoriti 4-3 menolak permohonan Gereja bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan.

Pihak gereja memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun tahun lepas untuk membawa perkara itu bagi rayuan di mahkamah berkenaan ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Herald boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.

Mahkamah Rayuan, pada 14 Oktober 2013, membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya edisi Bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, tidak sah dan terbatal.

Panel tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan hakim Mahkamah Rayuan ketika itu (sekarang Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata alasan bagi larangan menggunakan kalimah itu ialah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pelbagai agama.

Beliau (Hakim Mohamed Apandi) juga berkata keselamatan negara dan ketenteraman awam boleh tergugat jika majalah itu dibenar menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Terdahulu, dalam prosiding hari ini, peguam Datuk C.V. Das yang mewakili gereja berhujah bahawa ketidakadilan dalam prosedur berlaku kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu atas isu-isu yang tidak ditimbulkan semasa berhujah.

Beliau berkata ini telah menyebabkan ketidakadilan kepada pihak gereja sambil menambah bahawa tiada seorang pun harus dihukum tanpa kesnya didengar dahulu.

“Kami tidak didengar. Jika kami didengar, permohonan kami mungkin terselamat,” katanya dan menambah bahawa hakim-hakim perlu menarik perhatian pihak dalam kes itu untuk berhujah mengenai isu-isu yang mereka fikir perlu ditangani.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883