Doktor Mungkin Buka Alat Bantuan Pernafasan Nik Aziz – @nikabdulaziz

Nik Aziz Notis
Alat bantuan pernafasan yang digunakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan ditanggalkan jika keadaan kesihatannya menunjukkan perkembangan yang lebih positif.

Anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, Mursyidul Am PAS itu diserang batuk dipercayai akibat jangkitan.

“Oleh kerana semalam ramai tetamu yang masuk ziarah, ayahanda batuk sedikit. Justeru doktor menasihati agar pelawat hanya diizinkan untuk melihat dari luar bilik sahaja untuk mengelak jangkitan.

“Jika keadaan bertambah baik, petang ini doktor mungkin akan menanggalkan alat bantuan pernafasan,” katanya menerusi kenyataan pada petang Khamis.

Mengulas lanjut Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memberitahu bahawa keadaan kesihatan ayahnya itu bertambah baik serta mampu berkomunikasi.

“Alhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih banyak berkomunikasi dengannya. Ayahanda minta untuk makan dan pihak hospital telah menyediakan nasi air.

“Doktor belum menggunakan perkataan ‘sihat’, sekadar ada perkembangan positif,” katanya.

Nik Aziz, 84, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Isnin malam berikutan tahap kesihatannya yang menurun sejak banjir besar melanda Kelantan bulan lepas, selain menghidap kanser prostat.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) HUSM pada Selasa petang akibat keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...