Tuesday, October 8, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Malaysia Yakin Dapat Harungi Ketidaktentuan Ekonomi Global – @NajibRazak - pakdin.my

najib-davos-wef

DAVOS (Switzerland): Malaysia yakin dapat mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang memandangkan asas ekonomi negara yang kukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib membangkitkan kebimbangan beliau tentang kejatuhan harga minyak global dan percaya langkah-langkah pencegahan awal yang diumumkan baru-baru ini adalah suatu yang mencerminkan keadaan sebenar.

“Sudah tentunya kami bimbang dengan keadaan tidak menentu sekarang tetapi kami percaya dengan asas yang kukuh.

“Pasaran akan membuat pembetulannya dan pada masa yang sesuai, kami akan menangani keadaan ini dan kami akan kembali semula ke landasan sebenar,” katanya dalam ucap tama beliau pada majlis makan tengah hari perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia Ke-45 yang diadakan di sini.

Najib, yang juga menteri kewangan berkata selain daripada langkah-langkah ini, usaha mempelbagaikan ekonomi serta terus menjadi lebih kompetitif, banyak membantu dalam mengharungi pergolakan ekonomi ini.

Bagi tempoh lima tahun lepas, ekonomi Malaysia berkembang dengan baik termasuk pasaran saham yang mencatatkan paras paling tinggi serta meraih pelaburan langsung asing tertinggi dalam sejarah pada 2013, kata Najib.

“Secara ringkasnya, prestasi Malaysia masih baik dan saya harap anda sama-sama yakin dengannya.

“Jadi, selamat datang ke Malaysia dan saya berharap anda (pelabur) akan menjadi rakan kongsi kami dan percaya dengan prestasi Malaysia,” katanya.

Selain itu, lokasi Malaysia yang berada di tengah-tengah Asia menawarkan potensi pertumbuhan amat besar bagi dunia serta perkumpulan ASEAN, katanya.

“ASEAN akan menjadi kuasa utama yang perlu dipertimbangkan dan Malaysia terletak di tengah-tengahnya,” katanya.

Najib berkata dengan mengisytiharkan ASEAN sebagi satu komuniti ekonomi tahun ini, bermakna akan terdapat banyak langkah bagi mengurangkan kebanyakan tarif untuk menjadi satu pasaran tunggal dan pangkalan pengeluaran tunggal.

“ASEAN dengan penduduk lebih 620 juta orang akan mempunyai gabungan keluaran dalam negara kasar sebanyak US$4 trilion menjelang 2020,” katanya.

Majlis makan tengah hari perniagaan itu dihoskan oleh Khazanah Nasional Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan InvestKL.

Kira-kira 55 ketua industri utama global serta 39 ketua industri tempatan menghadiri acara itu termasuk Royal Vopak, Barclays, Huawei, LaFarge, Novartis dan banyak lagi.

Ketua industri tempatan yang menyertainya termasuklah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata President Datuk Seri Jamaludin Ibrahim dan Pengerusi UEM Group Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

[VIDEO] Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan

Pasaran getah dijangka terus meningkat minggu depan disebabkan kekangan bekalan yang terhad dan permintaan sektor pembuatan yang bertambah baik.

Perjanjian penswastaan lapangan terbang Malaysia diselubungi bantahan berkaitan perang Gaza

Sekumpulan badan masyarakat sivil terkemuka Malaysia telah memulakan bantahan terhadap bidaan oleh sebuah konsortium termasuk sebuah firma dalam proses diambil alih oleh BlackRock, untuk menswastakan pengendali lapangan terbang negara ini di tengah-tengah kempen boikot terhadap beberapa Firma A.S. yang dikaikan dengan perang di Gaza.

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan eMADANI, di sini, Ahmad berkata sebagai alternatif, pemohon yang layak namun tidak berjaya, boleh mengemukakan rayuan menerusi emel emadani@treasury.gov.my.

Malaysia turun 2 anak tangga dalam kedudukan daya saing digital global

Institut yang berpangkalan di Switzerland itu menyenaraikan 64 negara dan zon ekonomi secara global berdasarkan tiga petunjuk: pengetahuan, teknologi dan kesediaan masa depan.

Cara penebusan kredit e-Wallet RM100 mulai 4 Disember –

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Pendaftaran e-kredit RM100 dibuka Isnin depan

“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melibatkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya di Dewan Negara hari ini.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: