back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Jenazah Raja Abdullah Selamat Dikebumi Dalam Makam Tidak Bertanda Selepas Solat Jumaat

    Mengikut ajaran fahaman Wahabi, pengikutnya dilarang menunjukkan perasaan sedih secara berlebihan, sekaligus menyaksikan tiada tempoh rasmi berkabung dan bendera negara turut dikibarkan secara penuh. 
    raja-abdullah-kebumi

    RIYADH: Jenazah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz selamat dikebumikan dalam makam tidak bertanda selepas solat Jumaat, hari ini.

    Sementara itu, peralihan kuasa lancar di Arab Saudi menyaksikan takhta itu berpindah kepada adik tirinya, Raja Salman dan seorang lagi adik tirinya, Muqrin sebagai putera mahkota bagi menghapuskan kebimbangan serta kegawatan serantau.

    Jenazah Raja Abdullah dikapan dengan kain putih, dibawa menggunakan pengusung ke dalam ambulans oleh saudara mara seterusnya di bawa ke masjid untuk disembahyangkan kemudian di bawa ke tanah perkuburan dan dimakam dalam kubur tidak bertanda.

    Solat jenazah diketuai Raja Salman dan dihadiri ketua negara Islam dan diplomat kanan termasuk Presiden Mesir, Abdel Fatteh al-Sisi.

    Golongan kenamaan bukan Islam turut memberikan penghormatan terakhir kepada Raja Abdullah melakukan kunjungan hormat ke atas putera mahkota yang baharu dilantik.
    Selepas solat Maghrib, Raja Salman dan Putera Mahkota Muqrin mengangkat ikrar taat setia dihadapan anggota keluarga pemerintah, ulama Wahabi, ketua puak, ahli perniagaan utama dan orang penting di Arab Saudi.

    raja-abdullah-pemakaman

    Upacara pemakaman Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz bermula selepas solat Jumaat, dengan pemimpin negara asing berkumpul dalam masjid di ibu kota ini.

    Majlis dimulakan dengan solat jenazah yang turut disertai oleh beberapa pemimipin dunia, antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Masjid Imam Turki bin Abdullah.

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend