JPJ Nafi Laporan Berita Tidak Tepat Kemalangan Maut Di Melaka - pakdin.my

JPJ Nafi Laporan Berita Tidak Tepat Kemalangan Maut (3)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Jumaat menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan kemalangan maut melibatkan empat orang di Melaka disebabkan sebuah kereta diburu agensi penguatkuasaan itu.

JPJ dalam satu kenyataannya yang dikeluarkan di Facebook rasminya pada malam Jumaat menjelaskan, hasil siasatan pihaknya mendapati empat anggota JPJ yang menjalankan tugas rondaan telah terserempak dengan satu kemalangan dan memberi bantuan sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.

Kenyataan media itu menyebut, berikutan laporan berita yang kurang tepat berkenaan, anggota JPJ yang berada di tempat kejadian telah membuat laporan polis bagi menjelaskan situasi sebenar selain menafikan laporan berita berkenaan.

JPJ Nafi Laporan Berita Tidak Tepat Kemalangan Maut (2)

“JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan,” kata kenyataan itu.

Agensi itu dalam Twitter mereka telah meminta sebuah portal berita yang menyiarkan berita tidak sahih itu menarik balik laporan berkenaan.

JPJ Nafi Laporan Berita Tidak Tepat Kemalangan Maut (4)

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, empat sekeluarga maut setelah kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua kereta lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka petang Jumaat.

Mangsa ialah Ida Dollah, 46, yang memandu kereta berkenaan, dua anaknya Siti Rohana Abd. Ghafar, 23, dan Siti Rohani, 18, dari Kesang Laut, Muar, Johor serta ibu mentua Ida, Saimah Wahab, 77, dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu.

JPJ Nafi Laporan Berita Tidak Tepat Kemalangan Maut (1)

Seorang jurucakap bomba berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Ida dari arah Bandar Melaka dilanggar sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve yang datang dari arah belakang menyebabkan dua anak Ida, Siti Rohana dan Siti Rohani, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Kejadian turut menyebabkan Ida, seorang pekerja kilang dan Saimah, yang duduk di tempat penumpang hadapan tersepit.

UTAMABERITAJPJ Nafi Laporan Berita Tidak Tepat Kemalangan Maut Di Melaka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium