AirAsia #QZ8501: Berputar sebelum terhempas - pakdin.my

airasia-qz8501-maklumat-ketinggian

Data daripada alat tinjauan sokongan automatik – siaran (ADS-B) yang direkodkan pesawat AirAsia QZ8501 menunjukkan pesawat itu jatuh secara berputar sebelum terhempas di Laut Jawa.

KompasTekno melaporkan, mereka memperoleh data tinjauan pesawat QZ8501 yang mengandungi maklumat tentang kedudukan longitud dan sisi kapal berkenaan daripada akaun Twitter @AviationSafety semalam, yang percaya data tersebut adalah daripada ADS-B pesawat berkenaan.

Data itu menunjukkan pesawat itu mula menambah ketinggian pada pukul 6.17 pagi waktu tempatan sebelum `arah hidung pesawat berdasarkan kompas pada kokpit pesawat’ (heading) mula membelok dari 310 darjah ke arah kiri menuju 270 darjah.

airasia-qz8501-minit-terakhir

Ketika mencapai puncak penerbangan paling tinggi iaitu 37,600 kaki, arah hidung pesawat kemudian mula membelok sekali lagi ke arah kiri.

Arah hidung pesawat itu sempat berputar balik dari arah semula 310 darjah ke arah 130 darjah.

Pesawat itu berpusing disertai proses pesawat berkenaan jatuh dengan kelajuan 3,352 meter hingga maksimum 7,315 meter seminit.

Menurut pengesanan radar ­ADS-B terakhir, pada ketinggian 24,000 kaki, kedudukan arah hidung pesawat kali terakhir diketahui berada pada arah 197 darjah atau barat daya.

Pesawat itu dipercayai jatuh secara berputar.

Perkara itu menjelaskan mengapa kelajuan tanah (ground speed) QZ8501 hanya 60 knot semasa jatuh selepas kehilangan ketinggian.

airasia-qz8501-mayat-pada-bangkai-pesawat

UTAMADUNIAAirAsia #QZ8501: Berputar sebelum terhempas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium