20 rumah musnah dalam kebakaran di Batu Dua, Jalan Apas, Tawau (video)

20 rumah musnah dalam kebakaran di Batu Dua, Jalan Apas, Tawau (video)

tawau-20-rumah-terbakar

TAWAU: Dua puluh rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Apas Batu 2, dekat sini, petang tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 3 petang itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan selepas semua penduduk berjaya menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.15 petang dan sepasukan anggota bomba tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian.

“Kebakaran memusnahkan sebanyak 20 rumah namun tiada sebarang mangsa dilaporkan.

“Api berjaya dikawal pada 4.30 petang dengan menggunakan sumber air terbuka,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Tiga feri penumpang terbakar di dermaga kapal Bukit Malut Langkawi

[VIDEO] Api Musnahkan 22 Bot Laju di Phuket

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami