IS Serang Hotel Mewah, 9 Orang Kenamaan Terbunuh - pakdin.my

IS Serang Hotel Mewah Tripoli--

TRIPOLI: Seramai sembilan orang yang terdiri daripada diplomat dan orang kenamaan terbunuh selepas tiga lelaki bersenjata yang mendakwa mewakili kumpulan Negara Islam (IS) melakukan serangan di sebuah hotel mewah di ibu negara Libya itu pada Selasa.

Jurucakap pegawai keselamatan, Issam al-Naass berkata, serangan secara rambang itu dilakukan tiga suspek selepas mereka meninggalkan sebuah bom kereta di luar Hotel Corinthia di sini.
IS Serang Hotel Mewah Tripoli-
Jelasnya, suspek kemudian telah naik ke tingkat 24 yang menjadi tempat diplomat dan orang kenamaan bertemu sebelum meledakkan tali pinggang yang berisi bahan letupan.

Omar al-Hassi yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah Libya turut berada di lokasi serangan, tetapi berjaya dipindahkan oleh pasukan keselamatan degan selamat.

Naass memberitahu, sembilan mangsa yang terbunuh terdiri daripada dua warga Filipina, masing-masing seorang dari Amerika Syarikat, Perancis dan Korea Selatan.

Baki mangsa yang maut belum didedahkan identitinya sehingga kini.

Serangan terhadap lokasi berprofil tinggi itu dilapor telah menunjukkan kerapuhan keselamatan di ibu negara berkenaan.

Malah ianya turut meningkatkan kerisauan mengenai amaran IS yang mahu melebarkan penguasaan di Asia Barat dan utara Afrika.

UTAMADUNIAIS Serang Hotel Mewah, 9 Orang Kenamaan Terbunuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium