Wajib taat pendirian Abdul Hadi - pakdin.my

Pendirian pemimpin Pas tidak boleh bercanggah

wpid-hadi-awang-lim-guan-eng.jpg

Semua pemimpin dan Ahli Parlimen Pas tidak boleh memberi pandangan terhadap sebarang isu yang bercanggah dengan pendirian Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, pendirian Abdul Hadi sebagai ketua parti wajib diberikan hak ketaatan menurut Islam.

Menurut beliau, pendirian dan sikap Ahli-ahli Parlimen Pas terhadap sesuatu isu mesti tidak saling bercanggah antara satu sama lain atau dengan Presiden sehingga boleh merosakkan kepentingan penyertaan Pas dalam arena politik negara.

“Perbezaan yang boleh dan perlu wujud hanyalah yang bersifat kepelbagaian dan bukannya yang bersifat percanggahan,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin kanan Pas secara terbuka membuat kenyataan menyokong hasrat DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tindakan itu jelas bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi yang membantah hasrat DAP itu bersandarkan kebimbangan pilihan raya PBT mungkin mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat apabila memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina, sekali gus menimbulkan kebimbangan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Mohd. Khairuddin menambah, setiap pemimpin Pas juga seharusnya memastikan pendirian mereka selari dengan dasar dan tujuan yang digariskan dalam Perlembagaan parti.

“Panduan Majlis Syura Ulama Pas yang diberi kuasa memimpin dan menjelaskan dasar Islam yang dipegang oleh parti hendaklah diambil kira,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang, Fadhli Ibrahim mendakwa, terdapat sekumpulan pemimpin kanan parti sedang berusaha menjatuhkan Abdul Hadi secara tidak bermoral.

Beliau menegaskan, pemimpin-pemimpin kanan terbabit mesti menghentikan tindakan tidak bermoral itu atau meletak jawatan bagi menghormati perasaan ahli-ahli Pas.

“Ketika parti dikritik mereka mendiamkan diri sedangkan mereka bersikap ‘lebih sudu daripada kuah’ apabila menyokong dan mempertahankan DAP yang menentang Presiden Pas sendiri,” jelasnya.

Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan berkata, tindakan tersebut boleh dianggap biadab kerana semua pemimpin kanan Pas sepatutnya menyokong pendirian Abdul Hadi dalam bantahannya terhadap pelaksanaan pilihan raya PBT.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/wajib-taat-pendirian-abdul-hadi-1.53865#sthash.XYwloLEV.dpuf

UTAMAPOLITIKWajib taat pendirian Abdul Hadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium