Pesawat AirAsia X D7172 Ke Jeddah Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

Pesawat AirAsia X D7172 Ke Jeddah Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

Pesawat AirAsia X D7172 Ke Jeddah Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

Pesawat AirAsia X dalam penerbangannya ke Jeddah pada Ahad terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana mengalami masalah teknikal.

Pesawat itu terpaksa menghabiskan masa kira-kira empat jam mengelilingi Selat Melaka untuk membakar bahan apinya bagi membolehkan ia mendarat dengan selamat.

Pesawat itu yang berlepas pada kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu bagaimanapun mendarat selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada kira-kira pukul 5.40 petang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pesawat AirAsia X penerbangan D7172 mengalami “masalah teknikal” sejurus selepas berlepas dari KLIA2. Juruterbang terpaksa berpatah balik semula ke lapangan terbang.

Liow berkata, insiden tersebut sedang disiasat.

“Saya dimaklumkan bahawa kesemua mereka yang menaiki pesawat itu selamat. Juruterbang terpaksa terbang selama empat jam untuk membakar bahan api bagi membolehkan pesawat itu lebih ringan untuk mendarat dengan selamat,” kata Liow.

AirAsia X dalam satu kenyataan mengenai Penerbangan D7172 berkata: “Sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan mematuhi semua piawaian keselamatan antarabangsa, pesawat itu berpatah balik dan mendarat selamat di KLIA2 pada pukul 5.40 petang.”

“Kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu kini dipindahkan ke pesawat lain di mana penerbangannya dijadualkan pada pukul 7 petang hari ini,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kesalahan Memalukan! Koridor Sejarah Jalan Ampang letak foto Sultan Perak ke-26, Sultan Abdullah II sebagai Raja Abdullah

Rumah, kedai hangus dijilat api di Kampung Baru

[VIDEO] Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing

[VIDEO] Pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat di Kuala Lumpur

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami