Najib tinjau harga barangan di pasar malam - pakdin.my

najib-pasar-malam-sri-serdang

Datuk Seri Najib Razak malam ini membuat lawatan mengejut ke pasar malam Seri Serdang, Seri Kembangan bagi meninjau sendiri harga barangan, khususnya menjelang Tahun Baharu Cina.

Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan harga barangan basah seperti sayur-sayuran dan ikan segar yang dijual pada harga berpatutan.

“Alhamdulillah saya lihat peniaga di sini mengenakan harga yang berpatutan, seiring nasihat kerajaan supaya bersikap adil kepada pengguna dengan harga minyak kini sudah turun serta musim perayaan akan tiba tidak lama lagi.

“Seronok lihat suasana riuh-rendah dan pelbagai barangan basah dijual di sini. Saya juga sempat bersembang dengan peniaga untuk bertanyakan harga barangan,” katanya dalam entri di laman sosial Facebook.

Najib yang mengenakan kemeja putih lengan panjang meluangkan masa meninjau jualan barangan keperluan harian di pasar malam itu selain beramah mesra dengan pengunjung.

Tinjauan itu adalah selaras dengan saranan kerajaan supaya peniaga menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak.

UTAMANajib tinjau harga barangan di pasar malam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium