BERITALiwat II: Anwar Masuk Penjara Sungai Buloh

Liwat II: Anwar Masuk Penjara Sungai Buloh

Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih enggan menyerah kalah apabila melaungkan ‘reformasi’ sebaik kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan Istana Kehakiman di sini untuk ke Penjara Sungai Buloh.

Kenderaan dengan pasukan pengiring itu keluar pada pukul 2.59 petang menerusi pintu belakang kompleks mahkamah itu.

Anwar dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail ke penjara susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya.

anwar-penjara

Mahkamah sama juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap ketua pembangkang itu sebelum ini kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Berikutan keputusan itu, berlaku kekecohan di kawasan berkenaan apabila penyokong Anwar mencetuskan provokasi terutama apabila kenderaan yang membawa pemimpin pembangkang itu keluar dari kawasan mahkamah.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki yang dipercayai penyokong pakatan pembangkang itu ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Pasukan keselamatan mengawal ketat sekitar kawasan Istana Kehakiman bagi mengelak kejadian tidak diingini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami