BERITAJenazah Hasbullah Awang Selamat Dikebumikan

Jenazah Hasbullah Awang Selamat Dikebumikan

hasbullah-awang-kebumi

Jenazah pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam, petang Khamis.

Ahli keluarga, rakan seperjuangan di RTM dan Astro Arena serta atlet turut mengiringi jenazah Hasbullah, 63 sehingga selesai pengebumian pada pukul 6.40 petang.

Terdahulu jenazah disembahyangkan di Surau Jalan Kampung Sri Gambut, Bukit Naga pada pukul 4.45 petang sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan.

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini dan jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam.

Pengulas veteran itu meninggalkan isteri Datin Hazida Alang Ahmad, 58, selain empat anak serta tujuh cucu.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Hasbullah,63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an.

Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami