Pelatih PLKN dakwa diliwat - pakdin.my

Gambar hiasan
Gambar hiasan

SETIU – Seorang pelatih lelaki mendakwa diliwat rakannya dalam kejadian di sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.45 petang ketika mangsa berusia 18 tahun berada di dalam bilik air, sebelum pintu bilik air itu tiba-tiba diketuk suspek.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek yang sebaya dengan mangsa dan turut menjadi pelatih di kem sama, dikatakan menolak pintu bilik air itu lalu masuk dan mengunci pintu dari dalam.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak mencium dan memeluk mangsa, bagaimanapun mangsa cuba menghalang.

“Suspek turut melakukan seks oral dan bertindak lebih keji apabila meliwat mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan diri sebaik menyedari kehadiran rakan lain di situ,” katanya.

Menurut Ab Rahman lagi, mangsa juga mendakwa suspek pernah melakukan perbuatan sama pada Januari lalu di dalam bilik di kem berkenaan.

Malah katanya, suspek turut mengugut mangsa supaya tidak memberitahu perbuatannya kepada sesiapa menyebabkan remaja lelaki itu hanya mendiamkan diri kerana bimbang diapa-apakan.

“Namun, tidak tahan menjadi pemuas nafsu suspek, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Penarik, kira-kira jam 6 petang hari sama.

“Susulan laporan itu, suspek ditahan tidak lama kemudian dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ab Rahman berkata, mangsa berasal dari Kuantan, Pahang, manakala suspek pula dari Pasir Mas, Kelantan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

UTAMABERITAPelatih PLKN dakwa diliwat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium